Let's travel to Jordan & Palestine with Vislamic Travel
8H6M Jejak Dua Tamadun Rasul dan Nabi Jordan – Palestin
Amman | Jerusalem
Dari
MYR 10,300.00 seorang
PACKAGE CODE: N/A
PAKEJ TERMASUK
PAKEJ TIDAK TERMASUK:
Hari 1 Selasa (21 Nov): Kuala Lumpur
Berkumpul di Aras 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, jam 10.00 p.m. Berlepas ke Amman menaiki pesawat QR 4992, 02.55 a.m.
Hari 2 Rabu (22 Nov): Tiba – Bandar Amman
Makan malam
Tiba di lapangan terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman Jordan jam 12.10 p.m. Memulakan lawatan dengan bas berhawa dingin untuk bersiar–siar melihat panorama bandaraya Amman merangkumi kawasan baru dan lama (Old City). Di bawa ke hotel untuk mendaftar masuk dan bermalam di bandaraya Amman.
Hari 3 Khamis (23 Nov): Jerusalem – Jericho – Bukit Zaitun
Sarapan/Makan tengahari/Makan malam
Sarapan pagi. Daftar keluar dari hotel. Menaiki bas dari Amman menuju ke Palestin melalui Jambatan ‘Allenby’. (Perjalanan sekitar 1 jam 30 minit). Selesai pemeriksaan imigresen dan kastam menyambung perjalanan ke Kota Purba bersejarah Jericho. Menurut kajian Arkeologi, Jericho adalah kawasan penempatan manusia tertua di dunia (terdapat lebih 20 penemuan purba ditemui di sini) dipercayai berusia lebih 11, 000 tahun. Kemudiannya dibawa berziarah ke Makam Nabi Musa a.s . terletak di Masjid Musa a.s. Jemaah boleh solat zohor/asar di Masjid Musa. Seterusnya menyambung perjalanan ke Bukit Zaitun untuk melihat panorama indah Kota Baitulmaqdis dari puncak bukit. Lawatan seterusnya dibawa ke Makam sahabat Nabi SAW yang terkenal iaitu Salman Al Farisi (Pencari Kebenaran) serta Makam Rabiatul Adawiyah, tokoh wanita sufi yang terkenal kerana sifat kecintaannya kepada Maha Pencipta. Perjalanan diteruskan ke Baitulamaqdis dan daftar masuk ke hotel. Solat maghrib/Isyak di Masjid Aqsa. Bermalam di Baitul Maqdis.
Hari 4 Jumaat (24 Nov): Jerusalem
Sarapan/Makan tengahari hari/Makan malam
Solat Subuh di Masjid Al Aqsa.
Sarapan pagi, aktiviti lawatan dimulakan dengan dibawa untuk bersiar–siar melihat persekitaran Kota Baitulmaqdis. Seterusnya dibawa masuk ke Masjid Suci ke–3 Islam iaitu, Al Aqsa. Lawatan dalam Al– Aqsa meliputi Masjid Qibli tempat Nabi SAW menjadi imam dan bersolat dengan para rasul dan nabi dalam Peristiwa Israk Mikraj yang agung. Seterusnya berziarah ke Qubatus Saqra atau ‘Dome of the Rock’ tempat Nabi SAW diangkat ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj.
Jemaah berpeluang solat Jumaat di Al Aqsa. Selesai solat Jumaat, menyambung lawatan ke kawasan pasar lama yang menempatkan kedai–kedai dengan aneka jualan serta bersantai sambil minum kopi Palestin. Seterusnya berziarah ke Majid Umar Al Khattab yang bersejarah, masjid yang dibina selepas pembukaan Baitulmaqdis oleh Saidina Umar Al–Khattab. Menyambung ziarah Al Aqsa dengan mengunjungi Gereja Suci Sepulchre, iaitu lokasi Nabi Isa a.s disalib mengikut kepercayaan penganut Kristian. Gereja ini dibina pada abad ke–12 Masihi. Jika berpeluang berziarah dan bertemu dengan Imam Besar Masjid Al Aqsa. Selain itu dibawa melihat tempat–tempat menarik dan penting yang ada di dalam perkarangan Al Aqsa termasuk Batu dipercayai tempat ‘Buraq’ ditambat iaitu haiwan tunggangan Nabi SAW dalam peristiwa Israk Mikraj. Peserta berpeluang untuk menunaikan solat fardhu Asar, Maghrib dan Isyak di Masjid Al Aqsa mengikut kesesuaian aktiviti sepanjang berada Baitulmaqdis. Kembali ke hotel dan bermalam di Baitulmaqdis.
Hari 5 Sabtu (25 Nov): Bethlehem – Hebron
Sarapan/Makan tengahari/Makan malam
Solat Subuh berjemaah di Al Aqsa.
Sarapan pagi. Melawat antara tempat terpenting Islam di Palestin, iaitu Bethlehem, daerah kelahiran Nabi Isa a.s yang terletak di Selatan Baitulmaqdis di Tebing Barat. Seterusnya ke Hebron (Mengikut Mufti Palestin, Hebron adalah tempat ke–4 Suci Islam selepas Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis). Di sini adanya Masjid Ibrahim yang menempatkan Makam Nabi Ibrahim a.s dan keluarga baginda yang lain seperti isterinya Siti Sarah, Nabi Ishak dan Nabi Yaakub a.s. Peserta digalakkan menunaikan Solat Fardhu and Solat Sunat di sini. Menyambung ziarah dengan melawat Makam Nabi Daud a.s di Bukit Zioun.
Solat Maghrib dan Isyak di Al Aqsa. Kembali ke hotel dan bermalam di Baitulmaqdis.
Hari 6 Ahad (26 Nov): Jerusalem– Tiberias – Amman
Sarapan/Makan tengahari/Makan malam
Solat subuh berjemaah di Al Aqsa.
Sarapan pagi. Daftar keluar dari hotel. Lawatan ke bandar Jaffa yang terkenal. Kajian Arkeologi merumuskan bandar ini merupakan bandar pelabuhan terkemuka dan tertua iaitu kira–kira 4,000 tahun dahulu. Seterusnya melawat Tasek Tiberias atau Tasik Galilie yang dilaporkan sedang mengalami kekeringan sebagai tanda–tanda ‘akhir zaman’ iaitu hari kiamat di akhir zaman nanti. Seterusnya meneruskan perjalanan melepasi sempadan ‘Allenby Bridge’ serta menjalani pemeriksaan imigresen dan kastam untuk ke Amman, Jordan.
Setibanya di Amman, dibawa melawat Makam Abu Ubaidah Amir Bin Al–Jarrah, salah seorang daripada 4 Sahabat Nabi SAW. Kemudian melawat ke Makam Nabi Yushak bin Nub a.s, baginda sangat rapat dengan Nabi Musa a.s serta Ketua kaum Bani Israel selepas kewafatan baginda. Selesai lawatan daftar masuk ke hotel dan bermalam di bandar Amman.
Hari 7 Isnin (27 Nov): Ashabul Kahfi – Laut Mati – Lapangan Terbang
Sarapan
Sarapan pagi. Daftar keluar dari hotel. Melawat ke Gua ‘Seven Sleepers’ atau terkenal sebagai Ashabul Kahfi destinasi lawatan popular bagi pelancong, terletak 7km di luar Amman. Solat di Masjid Al Kahf yang terletak bersebelahan Gua Ashabul Kahfi. Meneruskan lawatan ke kawasan paling rendah iaitu kira–kira 400 meter dari aras laut, iaitu Laut Mati. Di sini pelawat boleh menyaksikan dan membeli pelbagai hasil tangan diperbuat daripada lumpur dan garam Laut Mati seperti produk kesihatan dan kecantikan. Mengakhiri lawatan ke Makam Nabi Shuaib a.s. sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia untuk penerbangan pulang ke tanah air, daftar masuk penerbangan jam 10.00 p.m.
Hari 8 Selasa (28 Nov): Amman – Kuala Lumpur
Bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada 2:25 a.m. Tiba di KLIA pada jam 8.40 p.m.
“MAKLUMAT PENERBANGAN (QATAR AIRWAYS)”
*penerbangan tertakluk kepada perubahan*
TARIKH | NO PESAWAT | DARI | KE | MASA |
22 Nov 2023 Rabu |
QR 4992 |
KUL |
DOH | 0225 / 0515 |
QR 402 | DOH | AMM | 0850 / 1210 | |
28 Nov 2023 Selasa |
QR 405 | AMM | DOH | 0245 / 0525 |
QR 4993 | DOH | KUL | 0810 / 2040 |
HARGA PAKEJ SEORANG – DENGAN FELO | ||
HOTEL | BILIK BERDUA | SEORANG |
4 * Hotel | RM 10,300.00 | RM 11,745.00 |
TERMS & CONDITIONS
- Pakej ditawarkan ialah dengan Kelas Ekonomi Qatar Airways (tertakluk kepada perubahan)
- Kadar harga ditawarkan adalah berdasarkan satu bas. Sebarang perubahan yang berlaku dalam ahli kumpulan akan menyebakan berlakunya perubahan dalam kadar harga yang ditawarkan
- Kadar harga di tawarkan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) serta tertakluk kepada perubahan kadar matawang antarabangsa
- Tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk/ bilik / lawatan semasa tempahan rasmi dibuat selain tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis
- Susunan aturcara program boleh berubah dari semasa ke semasa pada hari lawatan
- Lain–lain syarat dan terma terpakai.
- Sila layari https://vislamic.com/terma-syarat untuk maklumat lanjut terma & syarat.