Tentang Kami

Lebih mudah untuk
  • melancong.
  • umrah & ziarah.


Latar Belakang

Vislamic Travel & Tours juga telah didaftarkan pada 22 Julai 2022 di bawah Akta Industri Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC), No Lesen KPK/LN : 10389 bagi menjalankan kegiatan seperti berikut:

  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri
  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri
  • Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah atau Ziarah dan
  • Perniagaan Agensi Pengembaraan

Penubuhan syarikat ini antara lain diinisiatifkan untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan berteraskan Islam kepada orang ramai di samping mengambil bahagian dalam aktiviti perekonomian Islam.

Didokong oleh tenaga pengurusan yang berpengalaman luas dan dinamik, Vislamic Travel & Tours yakin dan percaya untuk berhadapan dengan cabaran perniagaan pelancongan dalam dekad-dekad mencabar

Bersama-sama dengan tenaga muda yang berkelayakan, bersemangat dan rajin berusaha ke arah menyediakan perkhidmatan cemerlang bagi memenuhi keperluan perjalanan pelancongan umrah dan ziarah kepada setiap individu, keluarga, kumpulan swasta dan korporat.

Logo & Rasional Nama ‘VISLAMIC’

Adalah gabungan daripada perkataan kemenangan ‘Victory’ dan Islam. Ia bermaksud Kejayaan Islam yang berteraskan kepada 5 prinsip Rukun Islam.

KETERANGAN LOGO

Warna Hijau – Melambangkan kesucian Islam

5 kiub zamrud ’emerald’ berbentuk 3 segi – Melambangkan 5 Prinsip dalam Rukun Islam iaitu :

  • Mengucap dua Kalimah Syahadah
  • Mendirikan Solat 5 waktu
  • Berpuasa di bulan Ramadan
  • Menunaikan Zakat
  • Menunaikan Fardhu Haji ke Mekah.

Misi & Visi

MISI

  • Untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada pelanggan
  • Untuk menjadi syarikat pelancongan yang dipercayai dan disegani pelanggan

VISI

  • Menjadi jenama dan teman setia perjalanan yang unggul berteraskan nilai-nilai Islam

Akreditasi

  • Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC)

Perkhidmatan

  • Tempahan Penerbangan & Tiket
  • Hotel Online & Tempahan Pelancongan
  • Insentif & Acara Korporat
  • Pakej Percutian
  • Pengangkutan & Perkhidmatan Pemandu Pelancong
  • Insuran Pelancongan
  • Permohonan Visa
  • Umrah & Ziarah
  • Perjalanan DIY
  • B2B

Pengalaman

Berpengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang pelancongan (Inbound dan Outbound) dengan menawarkan pakej-pakej perjalanan dan pelancongan menarik di seluruh dunia.

Mempunyai rangkaian dan sahabat pelancongan “Ground Operator” berpengalaman untuk ke mana-mana destinasi di dunia, menjalin kerjasama erat dengan syarikat-syarikat penerbangan serta hotel dalam pelbagai kelas.

Keahlian

  • Menjadi ahli kepada Malaysia Association of Tour &Travel Agents (MATTA) – MA 6625
  • Menjadi ahli kepada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) – No Keahlian PP 871 (17 September 2022)