Pakej Umrah
Sabda Nabi Muhammad SAW : Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar bermusafir (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali untuk pergi) ketiga-tiga masjid berikut: Masjidil Haram (di Mekkah), Masjid Nabawi (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis). – Hadis Riwayat Bukhari
Umrah bersama Vislamic
Pakej umrah 1444H / 2023M yang menjadi pilihan bagi jemaah melaksanakan ibadat umrah ke Tanah Suci (Mekah dan Madinah).
Menawarkan pakej Premium dan Ekonomi, bergantung kepada kesesuaian masa perjalanan dan bajet anda.
PAKEJ PREMIUM
Harga dari RM14,000.00
Pakej Istimewa yang direka khas (Jangka masa pendek) untuk memenuhi permintaan pelanggan berdasarkan keperluan mereka. Jangka masa dan tarikh perjalanan pakej ini adalah mengikut permintaan daripada peserta/Jemaah itu sendiri (Tertakluk kepada keberadaan ‘availability’ tiket perjalanan daripada syarikat penerbangan). Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri 5 bintang merangkumi kelas perniagaan ‘business class’ dan kelas ekonomi ‘economy class’ untuk penerbangan, hotel penginapan, makan-minum, pengangkutan khas untuk ziarah di samping mendapat bimbingan khas ibadah dan pengisian rohani daripada Mutawwif terkemuka selain sijil penyertaan.
PAKEJ EKONOMI
Harga dari RM7,650.00
Pakej umrah yang ditawarkan pada harga yang amat berpatutan. Menawarkan hotel penginapan bertaraf 3 hingga 4 bintang dan pengangkutan ‘private’ dengan kenderaan berhawa dingin. Dibimbing mutawwif yang mesra & berpengalaman semasa umrah dan sesi ziarah.